Pergolakan Saham Global Tidak Menjejaskan Pasaran Minyak

Pergolakan Saham Global Tidak Menjejaskan Pasaran Minyak

Harga minyak kembali stabil selepas jatuh untuk tiga hari berturut-turut sejak Jumaat minggu lalu, didorong oleh kejatuhan mendadak saham ekuiti, mata

Harga minyak kembali stabil selepas jatuh untuk tiga hari berturut-turut sejak Jumaat minggu lalu, didorong oleh kejatuhan mendadak saham ekuiti, matawang krypto dan komoditi.

Pada sesi dagangan hari Isnin, saham Wall Street menunjukkan penyusutan terbesar untuk satu hari sejak tahun 2011, dan votalititi melonjak ke paras tertinggi beberapa tahun yang lalu.

Hal ini menunjukkan kebimbangan besar para pelabur terhadap situasi yang melanda pasaran global. Walau bagaimanapun, harga minyak dilihat tidak begitu terkesan dengan kejatuhan tersebut.

Minyak WTI kini didagang sekitar $64.19 per tong, naik 0.06% manakala minyak Brent yang menjadi ukuran harga antarabangsa susut 0.30% kepada $67.42 setakat jam 11.00 malam

Sejak saham S&P 500 merekodkan penutupan paras tertinggi pada 26 Januari lalu, indeks kini telah jatuh sebanyak 8%. Minyak pula susut 4.5% dan harga matawang krypto telah kehilangan lebih separuh daripada nilai tertinggi mereka.

Ketua Strategi Komoditi SEB Bjarne Schieldrop berkata, “Kedudukan ‘Long’ masih belum keluar daripada pasaran minyak. Sekiranya hal ini berlaku, ia akan memberi peluang lebih baik kepada pengguna untuk memperoleh minyak.”

Pergerakan pasaran kewangan berada diluar kawalan semalam didorong lonjakan mendadak hasil bon US akibat pasaran bimbang dengan kemungkinan berlakunya peningkatan inflasi serta potensi kadar faedah Fed untuk naik lebih tinggi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: