Perjanjian Peralihan Brexit 95 Peratus Selesai?

Perjanjian Peralihan Brexit 95 Peratus Selesai?

Theresa May, Perdana Menteri UK berkata pada hari Isnin bahawa sebahagian besar syarat perjanjian Brexit telah dicapai bersama ketua-ketua Kesatuan Er

Theresa May, Perdana Menteri UK berkata pada hari Isnin bahawa sebahagian besar syarat perjanjian Brexit telah dicapai bersama ketua-ketua Kesatuan Eropah.

Kenyataan ini dikeluarkan di dalam perlimen bertujuan membuktikan adanya perkembangan positif terhadap rundingan perdagangan serta menangkis kritikan yang diterima daripada pelabagai arah.

Menurut ucapan yang disediakan, May berkata “95 peratus perjanjian peralihan dan protokolnya telah selesai”.

Ungkapan ini dikeluarkan sehari selepas bantahan besar-besaran di London menuntut referendum kedua Brexit diadakan dan penolakan daripada barisan anti EU daripada ahli parti Konsorverif beliau dan sekutunya, Parti Demokratik Kesatuan Irish Utara (DUP).

Isu terbesar adalah mengelakkan daripada terpaksa membina sebuah tembok di sepanjang sempadan Irish.

Ketua EU mahukan satu perjanjian ‘backstop’ yang mana jika tiada penyelesaian lain, barangan dan perkhidmatan Ireland Utara akan berada di bawah aturan kastam Eropah.

May menolak cadangan ini kerana akan mengakibatkan UK terpisah di dalam dua zon kastam yang berbeza yang mana tidak dapat diterima dari sudut politik.

Menurut May, hanya satu cadangan asal ‘backstop’ daripada EU ini ditolak kerana memerlukan UK mengenakan satu sempadan kastam di peraian Irish dan memecahkan integriti negara.

Oleh itu, terdapat kesamaran tentang bahagian syarat-syarat perjanjian yang telah selesai berdasarkan peratusan perkembangan rundingan yang dinyatakan oleh May sejak beliau bertemu ketua-ketua EU pada minggu yang lalu.

Namun jika yang dimaksudkan May daripada baki 5 peratus tersebut adalah tentang isu sempadan Irish, angka ini masih belum dapat membuktikan satu perkembangan yang baik.

Pada minggu lalu, EU turut memansuhkan rancangan untuk mengadakan persidangan Brexit pada bulan November kerana kekurangan kemajuan dalam rundingan dan sedang membuat persediaan bagi menghadapi senario ‘no-deal’ selepas Mac 2019.

Walau bagaimanapun Presiden EU Donald Tusk berkata, blok negara Eropah masih terbuka untuk memanjangkan tempoh 21-bulan peralihan UK yang telah dirancang bermula 30 Mac 2019.

“Jika UK menganggap dengan memanjangkan tempoh peralihan dapat membantu mencapai perjanjian, saya sebagai ketua EU bersedia untuk mempertimbangkannya secara positif”, jelas Tusk.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: