Perkembangan Brexit & Vaksin Mungkin Akan Mempengaruhi Keputusan BoE – Gabenor Bailey

Perkembangan Brexit & Vaksin Mungkin Akan Mempengaruhi Keputusan BoE – Gabenor Bailey

Gabenor Bank Pusat England (BoE), Andrew Bailey dalam persidangan atas talian yang dikendalikan oleh Financial Times pada hari ini berkata, BoE belum

Gabenor Bank Pusat England (BoE), Andrew Bailey dalam persidangan atas talian yang dikendalikan oleh Financial Times pada hari ini berkata, BoE belum menetapkan tarikh untuk mengumumkan kadar faedah negatif.

“Masih banyak perkara yang besar perlu kami lakukan” sebelum mengambil keputusan untuk menurunkan kadar faedah di bawah kosong, jelas beliau.

Spekulasi terhadap kadar faedah negatif BoE ini semakin hangat diperkatakan apabila bank-bank pusat lain telah mula memperkenalkannya dengan tujuan meransang ekonomi yang terjejas akibat wabak Covid-19.

Tambahan pula, Silvana Tenreyro salah satu ahli MPC semalam berkata terdapat bukti yang positif bahawa kadar faedah negatif mampu membantu bank untuk memulihkan ekonomi secara menyeluruh.

Namun komen Bailey di atas mengisyaratkan bahawa bank pusat belum bersedia untuk meneruskan agenda ‘negative rate’ tersebut.

Walau bagaimanapun, perkembangan Brexit dan vaksin dijangka akan mempengaruhi keputusan mesyuarat bulan hadapan, jelas Bailey

EU dan UK telah mengumumkan bahawa mereka tidak dapat bertemu pada 15 November bagi mendapatkan perjanjian.

Penangguhan tersebut menjadikan harapan untuk mendapatkan perjanjian perdagangan sebelum tempoh Brexit berakhir pada 31 Disember semakin nipis.

Tambahan pula, dengan data-data makro UK yang lebih lemah pada hari ini turut mendorong penyusutan pound dengan GBP/USD, hampir 50 pips ke paras terendah tiga hari lalu, didagang sekitar 1.3169

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: