Perkembangan Ekonomi Di AS Terus Menjadi Tumpuan Utama

Perkembangan Ekonomi Di AS Terus Menjadi Tumpuan Utama

Beberapa data penting AS akan diteliti oleh pelabur pada hari Khamis seperti laporan IEA, pertumbuhan harga import dan eksport, data pekerjaan dan lap

Beberapa data penting AS akan diteliti oleh pelabur pada hari Khamis seperti laporan IEA, pertumbuhan harga import dan eksport, data pekerjaan dan laporan sektor pembuatan Amerika Syarikat.

Agensi Tenaga Antarabangsa (EIA) akan mengeluarkan laporan bulanan mengenai perkembangan semasa pasaran minyak di AS dan isu yang menjadi perhatian adalah kadar pertumbuhan output minyak shale di Amerika yang dilihat dapat menganggu usaha OPEC untuk mengawal lebihan bekalan minyak global.

Jabatan buruh pula akan mengeluarkan bilangan individu yang memohon insurans pengangguran bagi minggu yang berakhir pada 9 Mac yang lalu. Angka diramalkan menyusut kepada 230,00 daripada 231,000 pada minggu sebelumnya.

Kemudian, ahli ekonomi meramalkan indeks pembuatan Philly Fed bagi bulan Mac berada pada paras 23.2, lebih rendah daripada 25.8 pada bulan yang lalu.

Sementara itu, Indeks Pembuatan New York pula dijangka meningkat pada Mac kepada 15.20, lebih tinggi berbanding bacaan 13.10 pada bulan sebelumnya.

Secara keseluruhan, dollar masih tertekan dengan isu ketidaktentuan politik yang melanda AS serta laporan jualan runcit yang meleset berbanding jangkaan.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain kini berada di paras 89.67, merekodkan kejatuhan 0.09% pada sesi yang lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: