Perkembangan Ekonomi Zon Eropah Jadi Tumpuan: 27/03/2018

Perkembangan Ekonomi Zon Eropah Jadi Tumpuan: 27/03/2018

Tiada data-data ekonomi utama dikeluarkan pada hari kedua pada minggu terakhir bulan Mac. Walau bagaimanapun beberapa laporan tetap menjadi perhati

Tiada data-data ekonomi utama dikeluarkan pada hari kedua pada minggu terakhir bulan Mac.

Walau bagaimanapun beberapa laporan tetap menjadi perhatian pelabur bagi mendapatkan perkembangan semasa pertumbuhan ekonomi di dalam negara-negara besar Zon Eropah seperti Jerman dan Sepanyol yang akan memberi kesan langsung kepada penetapan dasar kewangan Bank Pusat Eropah (ECB) di masa hadapan.

Harga Import Jerman & CPI Sepanyol

Pada jam 2.00 petang, Jerman akan melaporkan pertumbuhan harga import yang menjadi salah satu indikator kepada inflasi. Pada bulan Januari yang lalu, harga telah meningkat sebanyak 0.5%. Namun pergerakan bulan Februari dijangka lebih perlahan, susut ke paras 0.3%

Kemudian fokus tertumpu kepada laporan indeks harga pengguna (CPI) Sepanyol.

Sepanyol sebagai salah satu pemegang ekonomi terbesar Kesatuan Eropah (EU) dijangka melaporkan peningkatan pada bacaan awal inflasi CPI bagi bulan Mac, meningkat 1.5% dalam unjuran tahun ke tahun (YoY) berbanding 1.1% yang dikeluarkan pada bulan Februari lalu.

Bekalan Wang M3 EU

Bekalan Wang M3 mengukur perubahan jumlah peredaran dan deposit wang dalam pasaran domestik dan bank di dalam EU. Bekalan bagi bulan Februari YoY dijangka kekal dengan peningkatan 4.6%.

Pinjaman sektor swasta pula telah naik sebanyak 2.9% pada bulan Januari dan dijangka meneruskan peningkatan pada bulan Februari kepada 3%.

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Kewangan BOE

Jawatankuasa Dasar Kewangan BOE akan mengeluarkan minit mesyuarat suku tahunan pada jam 4.30 petang dan dijangka akan memaparkan pandangan ahli tentang risiko dalam sektor kewangan terutamanya kredit hutang yang semakin berkembang.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: