Perkembangan Pasaran Pertukaran Matawang Yang Perlu Anda Tahu Sepanjang Minggu Lalu

Perkembangan Pasaran Pertukaran Matawang Yang Perlu Anda Tahu Sepanjang Minggu Lalu

Dagangan kekal perlahan pada hari Isnin berikutan penutupan sebahagian besar ekonomi utama sempena sambutan hari Easter. USD pada minggu lalu tutu

Dagangan kekal perlahan pada hari Isnin berikutan penutupan sebahagian besar ekonomi utama sempena sambutan hari Easter.

USD pada minggu lalu tutup dengan kerugian berbanding matawang utama yang lain apabila para pelabur kembali membeli saham selepas Fed mengumumkan pelan pinjaman kepada perusahaan kecil dan sedernaha (SME) bernilai $2.3 trllion.

Pinjaman tersebut mensasarkan perusahaan yang mempunyai sehingga 10,000 pekerja dengan pendapatan kurang daripada $2.5 billion pada tahun 2019.

Pasaran emas pula menghampiri paras tertinggi tujuh tahun setengah yang lalu berikutan permintaan instrumen safe haven kekal relevan dalam keadaan krisis koronavirus terus menghimpit outlook ekonomi global.

Pasaran minyak memulakan dagangan minggu ini dengan nada yang lebih positif, didorong oleh harapan usaha OPEC+ dan G20 menghadkan pengeluaran dapat mengurangkan impak lebihan bekalan.

Mesyuarat antara menteri tenaga G20 pada hujung minggu lalu berakhir tanpa keputusan yang jelas kerana Mexico menolak syarat pemotongan yang dikemukakan.

Walaupun penganalisis melihat pemotongan 10 juta bdp oleh OPEC+ belum cukup untuk mengurangkan lebihan bekalan, namun sebahagian mereka tetap optimis dengan kesediaan pengeluar di luar pertubuhan seperti Kanada dan Norway untuk memberi kerjasama.

AS juga mengatakan output minyak mereka akan jatuh dengan sendirinya sehingga 2 juta bdp pada tahun ini berikutan harga minyak yang rendah.

Menteri Tenaga Arab Saudi pula mengatakan bahawa Saudi, Kuwait dan UAE dengan sukarela akan menurunkan pengeluaran lebih besar daripada yang telah dijanjikan.

Di EU, 19 kerajaan di bawah blok kesatuan pada hari Jumaat yang lalu bersetuju dengan keputusan untuk menyalurkan pakej ransangan bernilai €540 billion menerusi Mekanisme Kestabilan Eropah.

Di UK, PM UK Boris Johnson dilaporkan telah dibenarkan keluar dari hospital pada hari Ahad yang lepas dan akan meneruskan pemulihannya di Chequers.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: