Perkembangan Positif Brexit Selamatkan GBP Pada Hari Selasa

Perkembangan Positif Brexit Selamatkan GBP Pada Hari Selasa

Penyelesaian kepada isu perjanjian Brexit semakin hampir kata Menteri Kabinet UK, David Lidington pada hari Selasa berikutan kedua-dua negara UK dan E

Penyelesaian kepada isu perjanjian Brexit semakin hampir kata Menteri Kabinet UK, David Lidington pada hari Selasa berikutan kedua-dua negara UK dan EU bersungguh-sungguh untuk mengelakkan daripada terlepas tarikh tamat bagi meluluskan syarat peralihan.

Walau bagaimanapun, pasaran masih buntu apakah parlimen UK akan menerima syarat perjanjian yang baru ini atau sebaliknya.

Ketika disoal apakah perjanjian dapat diluluskan dalam tempoh 24-48 jam daripada sekarang, Lidington menjelaskan, “Perkara tersebut mungkin berlaku, namun tidak dapat dipastikan sepenuhnya.”.

Secara keseluruhan beliau optimis tetapi tidak menyangkal kemungkinan untuk berlaku hal yang sebaliknya.

Jika persidangan bagi meluluskan draf tersebut dibuat pada bulan ini, Brussels (EU) memerlukan draf perjanjian dihantar pada hari Rabu esok.

Walau bagaimanapun, sebahagian daripada pegawai EU tidak meletakkan harapan akan berlakunya kemajuan terhadap isu Brexit pada minggu ini.

Penangguhan bagi mendapatkan kelulusan ketua-ketua EU sebelum persidangan mereka pada 13-14 Disember hadapan berpotensi melambatkan lagi proses undian di parlimen UK.

Perkara ini juga mungkin akan menyebabkan undian tertangguh ke tahun hadapan berikutan parliman UK akan tutup pada 20 sehingga 7 Disember hadapan sempena sambutan Krismas.

Para pelabur walau bagaimanapun dilihat menggunakan kesempatan daripada kenyataan positif Lidington untuk kembali membeli pound.

GBP pulih dan berjaya memasuhkan kerugian pada hari Isnin yang lalu. Berikut adalah perubahan pound berbanding matawang utama lain sehingga jam 12.10 tengah malam:

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: