Perkembangan Positif Rundingan Perdagangan AS-China Tingkatkan Permintaan Aset Berisiko

Perkembangan Positif Rundingan Perdagangan AS-China Tingkatkan Permintaan Aset Berisiko

Perkembangan positif rundingan perdagangan antara AS-China mengukuhkan sentimen pasaran kewangan pada hari Jumaat. Akhbar Xinhua melaporkan bahawa

Perkembangan positif rundingan perdagangan antara AS-China mengukuhkan sentimen pasaran kewangan pada hari Jumaat.

Akhbar Xinhua melaporkan bahawa perbualan antara Timbalan Perdana Menteri Liu He bersama Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin dan Wakil Perdagangan AS robert Lighthizer menerusi panggilan telefon telah menghasilkan satu kemajuan rudingan yang substantif

Mnuchin memperingatkan bahawa ketua kedua-dua negara dilihat tidak akan mengadakan sebarang persidangan bagi menantadangani perjanjian sekurang-kurangnya sehingga bulan April nanti, meningkatkan harapan untuk melihat kesepakatan diumumkan akhir bulan ini.

Pemulihan sentimen telah mengangkat saham ekuiti Asia, Eropah dan AS pada hari ini dengan Komposit Shanghai tutup 1% lebih tinggi dan Nikkei Jepun meningkat sekitar 0.8%

Sehingga jam 11.40 malam, saham Nasdaq naik 0.81% sementara saham S&P 500 naik 0.38%.

Peningkatan permintaan aset-aset berisiko turut mengakibat pengunduruan dollar dengan indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain susut -0.26% kepada 96.53 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: