Perkembangan USD Menjelang Penutupan Pasaran Minggu Ini

Perkembangan USD Menjelang Penutupan Pasaran Minggu Ini

US Dolar terus ditekan walaupun sektor perumahan US mengeluarkan bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan. Dua faktor utama yang menekan sent

US Dolar terus ditekan walaupun sektor perumahan US mengeluarkan bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan.

Dua faktor utama yang menekan sentimen dolar pada akhir dagangan hari ini adalah ketidaktentuan politik dan juga perkembangan pembaharuan cukai US.

Berdasarkan laporan Wall Street Journal (WSJ) pada hari Khamis lalu, kumpulan penyiasatan khas yang mengendalikan kes campur tangan Rusia dalam pilihan raya Presiden tahun lalu telah mengeluarkan perintah untuk mengumpul bukti-bukti (sepina) dokumen yang direkodkan sepanjang kempen Presiden Trump.

Penyiasatan khas di bawah Robert Mueller telah mengeluarkan sepina untuk mengambil sebarang dokumen yang terdapat kata kunci “Russia” daripada pegawai-pegawai yang terlibat sepanjang kempen Presiden Donald Trump pada tahun lalu.

Kerugian USD sedikit terhalang selepas bill pembaharuan cukai US telah melepasi halangan pertama selepas mendapat kelulusan di dewan Rakyat (House of Representatives) pada hari yang sama (Khamis) dan kini akan diperdebatkan bagi mendapatkan kelulusan di Dewan Senat.

Namun begitu para pelabur masih bimbang dengan halangan kedua tax reform kerana bilangan majoriti ahli Republik di dalam Senat adalah lebih kecil, oleh itu tiada tindakan lanjut dijangka boleh diambil sehingga tamat sambutan Thanksgiving pada minggu hadapan.

Rangka bill cukai yang telah dikaji semula oleh Dewan Rakyat juga sedikit berbeza dengan apa yang dirancang oleh Ahli Jawatankuasa Kewangan Senat, oleh itu pasaran menjangkakan perlaksanaan pemotongan cukai korporat akan terus tertangguh sehingga tahun 2019.

Indeks Dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain masih berada di paras 93.78, susut 0.17%

Berikut adalah perubahan greenback berbanding matawang lain setakat jam 11.10 malam

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: