Perkembangan USD Sebelum Penutupan Tirai 2017: 28/12/2017

Perkembangan USD Sebelum Penutupan Tirai 2017: 28/12/2017

Pasaran 2017 masih berbaki dua hari, namun dolar terus ditekan pada hari Khamis, jatuh lebih rendah berbanding matawang utama yang lain untuk tiga ses

Pasaran 2017 masih berbaki dua hari, namun dolar terus ditekan pada hari Khamis, jatuh lebih rendah berbanding matawang utama yang lain untuk tiga sesi berturut-turut dengan data ekonomi hari Rabu yang bercampur serta jumlah dagangan musim perayaan yang kecil.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain jatuh -0.32% kepada 92.72 yang merupakan paras terendah sejak September lalu.

Sebahagian penganalisis berpendapatan bahawa punca utama kelemahan dolar adalah disebabkan oleh kebanyakkan para pelabur telah menutup posisi mengambil keuntungan selepas Presiden Donald Trump mengesahkan bill pemotongan cukai yang bakal dilaksanankan pada tahun 2018.

Selain itu, pengukuhan berterusan EUR berbanding greenback sepanjang tahun 2017, diperkukuhkan dengan laporan buliten ekonomi ECB bulan Disember yang dikeluarkan semalam menjelaskan bahawa ekonomi zon Eropah sedang berkembang dan inflasi dijangka akan meningkat secara berperingkat. EUR/USD naik 0.34% kepada 1.1936.

Fokus pasaran kini beralih kepada data imbangan dagangan, tuntutan insurans pengangguran serta indeks PMI Chicago AS yang akan dikeluarkan bermula jam 9.30 malam ini.

Berikut merupakan perubahan dolar berbanding matawang lain setakat jam 8.15 malam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: