Permintaan Dollar Yang Lemah Menghadkan Pendakian USD/JPY

Permintaan Dollar Yang Lemah Menghadkan Pendakian USD/JPY

USD/JPY gagal memanfaatkan peningkatan ke paras tertinggi dan kini didagang pada julat harian terendah sekitar 108.58 setakat jam 3.30 petang. Pas

USD/JPY gagal memanfaatkan peningkatan ke paras tertinggi dan kini didagang pada julat harian terendah sekitar 108.58 setakat jam 3.30 petang.

Pasangan matawang ini mendapat tarikan yang positif pada awal sesi dagangan Asia yang lalu berikutan optimis pasaran untuk melihat AS dan China akan menamatkan konlfik perdagangan mereka pada bulan hadapan.

Presiden Trump pada hari Isnin yang lalu menyebut bahawa beliau mengharap dapat menandatangi perjanjian perdagangan dengan China secara rasmi pada persidangan APEC bulan November.

Selain itu, Penasihat White House Larry Kudlow pula berkata penambahan tarif yang dijadualkan pada bulan Disember berkemungkinan akan digugurkan jika perjanjian rasmi dapat dicapai, sekali gus melemahkan permintaan safe haven Yen.

Namun begitu, kekurangan permintaan dollar tetap menghadkan pendakian USD/JPY kerana jangkaan pemotongan kadar faedah Fed kali kedua pada akhir bulan ini masih menyelubungi pembelian USD ketika ini.

Tanpa dorongan yang kuat daripada laporan ekonomi AS, USD/JPY dilihat akan terus bergerak naik dan turun dalam julat yang diketahui, selari dengan sentimen dan dinamik pergerakan dollar.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: