Permintaan Minyak Meningkat, Kemungkinan Harga Yang Lebih Tinggi

Permintaan Minyak Meningkat, Kemungkinan Harga Yang Lebih Tinggi

Salam kembara dari Sumatera Barat! OPEC dan negara-negara yang bersama mereka dalam usaha memotong bekalan minyak mentah dunia setakat ini telah be

Salam kembara dari Sumatera Barat!

OPEC dan negara-negara yang bersama mereka dalam usaha memotong bekalan minyak mentah dunia setakat ini telah berjaya memastikan 90% daripada apa yang mereka janjikan telah dipenuhi.

Arab Saudi adalah negara yang dilihat paling begitu komited dalam usaha ini dimana mereka telah melakukan pemotongan lebih daripada apa yang mereka janjikan.

Jika komitmen 90% ini berjaya diteruskan, pasaran bakal mungkin dapat meningkatkan pengurangan inventori minyak sebanyak 600,000 tong sehari bagi setengah tahun yang pertama.

Harga minyak pada ketika ini bermain di sekitar harga atas paras $50 setong dan pada masa yang sama pengeluar minyak Amerika terus meningkatkan pengeluaran mereka sedikit sebanyak mempengaruhi dan menghalang kenaikan konsisten harga minyak pada ketika ini.

Namun, ada perspektif yang baik untuk kita melihat harga pasaran minyak meningkat ke paras $60 menjelang April. Permintaan yang lebih baik daripada jangkaan pada ketika ini mungkin permulaan kepada peningkatan harga nanti.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: