Permintaan Safe Haven Emas Meningkat Menjelang Pilihan Raya Pertengahan Penggal AS & Keputusan Polisi Fed

Permintaan Safe Haven Emas Meningkat Menjelang Pilihan Raya Pertengahan Penggal AS & Keputusan Polisi Fed

Permintaan safe haven emas pada hari Isnin meningkat didorong oleh pelabur mengambil sikap untuk lebih berhati-hati menjelang pilihan raya pertengahan

Permintaan safe haven emas pada hari Isnin meningkat didorong oleh pelabur mengambil sikap untuk lebih berhati-hati menjelang pilihan raya pertengahan penggal AS dan minit FOMC bulan November pada minggu ini.

Sehingga jam 11 malam, pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX naik 0.22% atau $2.70 kepada $1,233.60 per auns.

Undian pada hari esok akan menentukan pihak yang akan menguasai kongres dan kerajaan, dan pasaran dilihat lebih berhati-hati berhadapan dengan keputusan yang mampu mempengaruhi kebolehan Trump untuk meluluskan reformasi cukai dan perdagangan.

Berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh pelbagai agensi media AS melihat Demokrat akan merampas penguasaan di Dewan Rakyat (House of Representative) sementara Republikan pula mengukuhkan penguasaan mereka di Dewan Negara (Senate).

Fed pula akan memulakan mesyuarat dasar dua hari mereka bermula hari Rabu, seminggu selepas AS melaporkan pertumbuhan pekerjaan yang kukuh, meningkat pada kadar paling cepat sejak 9 tahun yang lalu.

Data tersebut akan menetapkan lagi pendirian Fed untuk terus menaikkan kadar faedah secara beransur-ansur.

Peningkatan kadar faedah dan hasil bon AS yang tinggi kebiasaannya memberi impak bearish kepada emas yang tidak mempunyai sebarang pulangan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: