Permintaan Terus Meningkat, Bitcoin Kini Hampir RM200 ribu/BTC

Permintaan Terus Meningkat, Bitcoin Kini Hampir RM200 ribu/BTC

Agensi berita Sputnik melaporkan bahawa Bitcoin telah mencatat rekod terbaru apabila berjaya mencapai AS$50,000/BTC pada hari ini sebelum berundur da

Agensi berita Sputnik melaporkan bahawa Bitcoin telah mencatat rekod terbaru apabila berjaya mencapai AS$50,000/BTC pada hari ini sebelum berundur dan stabil di atas $49,000.

Memetik portal CoinMarketCap, nilai Bitcoin sehingga jam 6.25 petang masih didagang tinggi sekitar AS$49,082 dengan peningkatan sebanyak 3.17%

Antara yang mendorong peningkatan matawang krypto terbesar dunia ini adalah peralihan syarikat-syarikat teknologi dan pelaburan kepada penggunaan matawang digital.

BNY Mellon pada minggu lalu telah membentu satu unit baharu bagi membolehkan pelanggan mereka menyimpan, memindah dan mengeluar aset digital.

Keputusan tersebut dibuat beberapa hari selepas CEO Tesla Elon Musk mengumumkan pembelian Bitcoin bernilai $1.5 bilion dan akan menerimanya sebagai bentuk pembayaran tidak lama lagi.

Pada hari Jumaat lalu, Suruhanjaya Sekuriti Ontario Kanada meluluskan pelancaran Purpose Bitcoin ETF, syarikat pengurusan aset yang berpusat di Toronto, jelas Purpose Investments Inc dalam satu kenyataan.

Datuk Bandar Francis Suarez dari Miami juga mengatakan pada hari yang sama bahawa bandar Florida sedang berusaha untuk menggunakan bitcoin dalam operasinya, langkah yang dapat membawa dividen dari segi menarik syarikat teknologi.

Pada Januari, BlackRock Inc, pengurus aset terbesar di dunia dengan nilai $8 trillion, telah meluluskan dua dana terbesarnya untuk terlibat dalam derivatif Bitcoin.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: