Permintaan Yen Meningkat, Apakah USD Akan Terus Berundur?

Permintaan Yen Meningkat, Apakah USD Akan Terus Berundur?

Dollar berundur daripada paras tertinggi 18 bulan lalu pada hari Isnin, didorong oleh data ekonomi yang mengecewakan. Indeks USD yang mengukur keku

Dollar berundur daripada paras tertinggi 18 bulan lalu pada hari Isnin, didorong oleh data ekonomi yang mengecewakan.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain berundur 0.2% kepada 97.24.

Kejatuhan indeks pembuatan NY pada bulan Disember daripada 23.30 kepada 10.90 mata telah menambahkan kegusaran para pelabur terhadap tahap kesihatan ekonomi Amerika Syarikat.

Pergerakan dollar menjelang mesyuarat dasar kewangan minggu ini kini dilihat selari dengan kejatuhan pasaran saham, sekali gus meningkatkan aliran masuk Yen sebagai pilihan safe haven.

USD/JPY kini didagang sekitar 113.00, susut -0.34% setakat jam 12.15 tengah malam.

Fed dijangka mengumumkan peningkatan kadar faedah kali keempat pada hari Rabu sebanyak 25 mata asas dan berdasarkan tinjauan CME Group, price in terhadap jangkaan tersebut telah mencapai paras 77.5%

Para pelabur masih buntu dengan angka rate hike bagi tahun 2019 yang akan diumumkan oleh Fed pada pertemuan kali ini berikutan komen-komen dovish yang dikeluarkan oleh ahli FOMC dengan mengatakan kadar semakin menghampiri paras neutral.

Selain itu, komen Presiden Trump pada hari Isnin turut menambahkan ketidaktentuan terhadap kitaran pengetatan dasar Fed pada tahun hadapan.

Trump mengkritik pendekatan Fed menaikkan kadar faedah dengan mengatakan walaupun dollar begitu kuat, namun tiada inflasi berlaku sementara negara-negara luar terus mengembang.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: