Permohonan Mingguan Insurans Pengangguran AS Menurun, Namun Jumlah Tuntutan Kekal Di Atas 20 Juta

Permohonan Mingguan Insurans Pengangguran AS Menurun, Namun Jumlah Tuntutan Kekal Di Atas 20 Juta

Permohonan bagi insurans pengangguran di AS pada minggu lalu naik lebih tinggi daripada jangkaan sekitar 1.5 juta tuntutan, jelas Jabatan Buruh AS pa

Permohonan bagi insurans pengangguran di AS pada minggu lalu naik lebih tinggi daripada jangkaan sekitar 1.5 juta tuntutan, jelas Jabatan Buruh AS pada hari ini.

Angka tersebut mengekalkan jumlah tuntutan di atas 20 juta orang dan mengisyaratkan bahawa sektor pekerjaan akan berhadapan dengan tempoh pemulihan yang panjang dan mencabar.

Jumlah tuntutan pada minggu lalu lebih tinggi daripada ramalan 1.3 juta dan hanya sedikit menurun berbanding bacaan 1.54 juta pada minggu sebelumnya.

Bacaan tersebut mematahkan penyusutan angka permohonan sepuluh minggu berturut-turut daripada paras tertinggi 6.87 juta pada akhir Mac.

Walau bagaimanapun, jumlah tuntutan tetap berada hampir dua kali ganda puncak yang ketika Kemelesetan Besar 2007-09.

Pada hari Selasa yang lalu, Pengerusi Fed Jerome Powell menjelaskan bahawa “ketidaktentuan terhadap tempoh dan kekuatan pemulihan masih signifikan”.

Ketua ekonomi TS Lombard New York, Steven Blitz mengatakan, “Orang akan mengatakan bahawa tuntutan sedang menurun, namun bagi ekonomi yang baru dibuka kembali, angka tersebut adalah besar”.

“Ekonomi kehilangan pekerja dan pekerjaan melebihi kesan awal akibat perniagaan-perniagaan yang ditutup. Terdapat banyak industri yang terjejas dan yang mulai merosot, itulah yang ditunjukkan menerusi jumlah tersebut”, tambah beliau.

Angka tuntutan mingguan akan diterbitkan dengan kelewatan satu minggu, namun cukup untuk memberikan gambaran yang baik mengenai kedudukan semasa pasaran buruh.

Permohonan insurans pengangguran secara keseluruhan telah berundur daripada rekod tertinggi 24.91 juta yang dicatat pada awal Mei, namun momentum penurunan semakin berkurangan walaupun perniagaan dibuka semula dan para pekerja kembali ke menjalankan aktiviti masing-masing.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: