Perningkatan Pengeluaran Amerika Syarikat Terhenti , Harga Minyak Mentah Meningkat.

Perningkatan Pengeluaran Amerika Syarikat Terhenti , Harga Minyak Mentah Meningkat.

    Isnin, harga minyak mentah dunia didagangkan meningkat selepas perningkatan pengeluaran dari Amerika Syarikat terhenti serta kemer

 

 

Isnin, harga minyak mentah dunia didagangkan meningkat selepas perningkatan pengeluaran dari Amerika Syarikat terhenti serta kemerosotan bekalan ekoran dari sekatan perdangan terhadap Iran oleh Amerika Syarikat mula memberi kesan terhadap pasaran global.

Pada 0900 GMT Penanda aras bagi minyak mentah global, dagangan hadapan minyak mentah Brent didagangkan pada harga $77.85 setong meningkat 1.4% atau $1.09, manakala bagi dagangan Amerika Syarikat , niagaan hadapan West Texas Intermediate ( WTI ) mencatatkan perningkatan 70sen untuk diniagakan pada harga $68.45 setong.

Perkhidmatan tenaga Baker Hughes pada Jumaat lalu mengeluarkan data yang menunjukkan bahawa jumlah pelantar aktif di Amerika Syarikat berkurangan sebanyak 2 buah kepada jumlah terkini sebanyak 860 pelantar aktif.

Jumlah perningkatan pengeluaran di Amerika Syarikat terhenti sejak bulan Mei mengambarkan bahawa walaupun mencatatkan perningkatan pengeluaran masih berlaku kekangan dari segi infrastruktur.

Manakala di luar Amerika Syarikat , jumlah pengeluaran dari Iran mencatatkan penurunan menjelang bulan November dimana akan dilaksanakan sekatan yang baru dari Amerika Syarikat.

Walaupun terdapat banyak negara pengimport minyak dari Iran yang menyatakan bahawa mereka menentang sekatan terbabit, hanya beberapa buah negara yang bersedia untuk menentang Washington.

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: