Perningkatan Pengeluaran Minyak AS Terus Menekan Harga Minyak Mentah.

Perningkatan Pengeluaran Minyak AS Terus Menekan Harga Minyak Mentah.

Isnin, berita mengenai perningkatan operasi pengalian minyak di AS memberi impak negetif kepada harga minyak mentah sekaligus mendorong harga minyak u

Isnin, berita mengenai perningkatan operasi pengalian minyak di AS memberi impak negetif kepada harga minyak mentah sekaligus mendorong harga minyak untuk jatuh dari paras tertinggi 2 minggu sebelumnya, ini juga kerana jumlah pengeluaran mengatasi paras permintaan global.

Pada jam 0440 pagi ET ( 0840 GMT ) pasaran hadapan minyak mentah West Texas Intermediate AS jatuh 32sen atau kira-kira 0.51 peratus dengan dagangan pada harga $62.09 setong selepas mencapai paras tertinggi dalam 2 minggu pada hari jumaat pada harga $62.54.

Manakala untuk niagaan hadapan Brent untuk penghantaran Mei pula merosot 36sen atau kira-kira 0.54% didagangakan pada harga $65.86 selepas mencapai paras tertinggi jumaat lepas dengan harga $66.42

Harga minyak berada di bawah tekanan selepas laporan dari firma perkhidmatan tenaga Baker Hughes menunjukan bahawa bilangan pelantar aktif meningkat sebanyak 4 buah sejak empat minggu lalu sehingga 16 Mac menjadikan jumlah pelantar aktif meningkat kepada 800 secara keseluruhan.

Aktiviti penggerudian yang meningkat telah mendorong pengeluaran minyak mentah AS terus meningkat kepada 10.38 juta tong sehari , mengatasi pengeksport utama dunia Arab Saudi.

Kebimbangan terus meningkat dengan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan Rusia meramalkan bekalan minyak dari negara bukan OPEC akan mencecah sekitar 1.60 Juta tong sehari pada 2018 berbanding bekalan sekarang iaitu 1.40 juta tong sehari.

Walaubagaimanapun OPEC tetap meneruskan usaha untuk mengawal pengeluaran bagi mengimbangi pengeluaran berlebihan dari AS sekaligus usaha untuk mengawal harga minyak mentah .

Pada bulan Disember lepas , Negara-Negara OPEC bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 1.8 juta tong sehari sehingga penghujung 2018.

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: