Kenyataan Haruhiko Kuroda Gabenor Bank Jepun menarik perhatian pelbagai pihak iaitu dalam ucapan beliau bahawa dalam fasa baru ini kemungkinan eko
Kenyataan Haruhiko Kuroda Gabenor Bank Jepun menarik perhatian pelbagai pihak iaitu dalam ucapan beliau bahawa dalam fasa baru ini kemungkinan ekonomi dunia akan menghadapi krisis.
Oleh hal demikian beliau telah memberitahu persiapan BOJ dalam menghadapi kemerosotan ekonomi dunia pada Isnin yang lalu.
Dalam rangka kerja Polisi BOJ terbaru, BOJ akan mengekalkan kadar faedah jangka masa panjang iaitu disekitar sifar peratus yang mana dijangkakan akan membantu memaksimumkan manafaat yang boleh menjamin ekonomi Jepun.
BOJ menegaskan bahawa dengan mereka melaksanakan rangka kerja polisi ini, ianya akan mengekalkan prestasi ekonomi Jepun dan polisi terbaru ini memberi kelebihan kepada institusi-institusi kewangan Jepun untuk pulih dari kegawatan ekonomi dunia sekiranya ianya berlaku.
Begitulah kenyataan beliau di lobi perniagaan terbesar Jepun, Keidanren .
COMMENTS