Isnin, harga emas mencatatkan sedikit kejatuhan apabila Dolar menunjukkan tanda-tanda untuk menguat selepas ketegangan antara AS dan Korea Utara dilih
Isnin, harga emas mencatatkan sedikit kejatuhan apabila Dolar menunjukkan tanda-tanda untuk menguat selepas ketegangan antara AS dan Korea Utara dilihat semakin mengendur walaupun terdapat percangahan pendapat mengenai pasaran pedagangan di antara AS dan China.
Pada jam 1227AM ET ( 0427 GMT ) niagaan hadapan emas untuk penghantaran Jun di Comex New York Mercantile Exchange mencatatkan kejatuhan sebanyak 0.4% bersamaan $0.4 untuk diniagaan pada harga $1335.7 per troy auns .
AS mengesahkan bahawa pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un bersedia untuk bertemu Presiden Trump dan membincangkan tentang industry nuclear mereka sekaligus mengurangkan ketegangan politik di Asia Timur sekaligus meningkatkan keyakinan pelabur .
Dolar AS dilihat berubah-ubah pada sesi dagangan Asia Isnin. Indeks dolar AS yang membandingkan dolar AS berbading enam ( 6) matawang utama dunia didagangkan pada 89.87, selepas meningkat dari paras 89.83 yang ditutup untuk sesi sebelumnya.
COMMENTS