Persetujuan Perjanjian OPEC Di Veinna Menyusutkan Harga Minyak Mentah Dunia.

Persetujuan Perjanjian OPEC Di Veinna Menyusutkan Harga Minyak Mentah Dunia.

Isnin, harga minyak mentah dunia turun lebih 1.5% pada awal dagangan sesi Asia hari ini selepas para pelabur mengambil kira persetujuan perningkatan p

Isnin, harga minyak mentah dunia turun lebih 1.5% pada awal dagangan sesi Asia hari ini selepas para pelabur mengambil kira persetujuan perningkatan pengeluaran oleh OPEC ( Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum ) yang telah dipersetui pada hari Jumaat yang lepas.

Walaubagaimana pun para penganalisa tetap menjangkakan pasaran minyak global dan permintaan akan kekal meningkat untuk jangkamasa tahun ini.

Niagaan hadapan minyak mentah Brent jatuh 1.8% dari harga penutupan terakhir mereka dengan didagangkan pada harga $74.22 setong.

Akan tetapi dengan sedikit kejatuhan dalam pengeluaran Amerika Syarikat dan ganguan bekalan dari Kanada niagaan hadapan minyak mentah West Texas Intermidiate ( WTI ) hanya mengalami kejatuhan 0.2% dari penutupan terakhir mereka dan didagangkan pada harga $68.42.

Harga minyak mentah dunia dilihat melonjak selepas perjanjian OPEC diumumkan pada hari Jumaat lalu kerana perningkatan bekalan yang dipersetujui tidak mencapai jangkaan yang diharapkan .

Pada 2017 OPEC dan beberapa pengeluar bukan OPEC termasuk Rusia menghadkan pengeluaran sebanyak 1.8 juta tong sehari untuk meningkatkan harga minyak dunia. akan tetapi dengan gangguan pengeluaran yang tidak dirancang seperti di Venezuela dan Angola jumlah pengeluaran kumpulan tersebut berapa di bawah sasaran permotongan. Dan dijangkakan akan ditampung kembali oleh OPEC terutama pemimpin organisasi tersebut Arab Saudi. Dan para penganalisa juga menjangkakan akan berlakunya perningkatan pengeluaran secara besar-besaran.

Edward Bell, penganalisis komoditi di Dubai NBD bank Dubai berkata “sebarang peningkatan dalam pengeluaran akan ditanggung oleh Arab Saudi, UAE dan Kuwait.” Beliau juga menambah, selepas perjanjian di Veina harga minyak mentah dijangka berada pada paras $ 65 sehingga $ 70 pada tahun ini.

Sementara itu di Amerika Syarikat , pada hari Jumaat , syarikat pembekal tenaga Baker Hughes menyatakan jumlah pelantar aktif di Amerika Syarikat mencatatkan penunuran buat pertama kali dalam masa 12 minggu dengan 863 pelantar yang aktif berkurang 1.

 

Newer Post

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: