Persidangan Trump-Xi Jinping Bagi Menandatangi Perjanjian Mungkin Tertunda Sehingga Bulan Jun

Persidangan Trump-Xi Jinping Bagi Menandatangi Perjanjian Mungkin Tertunda Sehingga Bulan Jun

Akhbar South China Morning pada hari Sabtu melaporkan bahawa dadangan untuk diadakan persidangan antara Presiden AS Donald Trump dan China Xi Jinping

Akhbar South China Morning pada hari Sabtu melaporkan bahawa dadangan untuk diadakan persidangan antara Presiden AS Donald Trump dan China Xi Jinping bagi menamatkan konflik perdagangan antara dua kuasa besar ini mungkin akan ditundakan sehingga bulan Jun.

Pada awalnya pertemuan bagi mendatangani perjanjian perdagangan di kelab Mar-a-Lago Trump disasarkan berlangsung pada bulan Mac, kemudian ditangguhkan ke bulan April.

Menurut Reuters, satu sumber mengatakan bahawa akhbar daripada Hong Kong melaporkan halangan terkini adalah perbezaan pandangan antara pegawai pentadbiran AS untuk memutuskan sama ada menguatkuasakan satu mekanisma ke dalam reformasi perdagangan China atau hanya mengisytiharkan kesepakataan ke atas perkara-perkara dasar.

Pegawai yang terlibat dalam proses rundingan mengumumkan kemajuan positif terhadap perbincangan yang berlangsung pada minggu lalu, namun Trump masih membuka pilihan untuk keluar sekiranya syarat yang diusulkan tidak menepati kehendak beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: