Syarikat tenaga negara Indonesia Pertamina dan Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) merancang untuk bersama-sama mengambil alih kepentingan Shell dalam projek gas Masela Indonesia, kata menteri tenaga Indonesia.
Reterus menerusi laporannya berkata, Shell telah berusaha untuk melepaskan 35 peratus bahagiannya dalam Masela.
Hal ini telah menarik minat pihak berkuasa Indonesia berminat untuk syarikat-syarikat itu menyelesaikan perjanjian untuk memajukan projek itu selepas tertangguh sejak beberapa tahun.
“Mereka berdua sedang melakukan rundingan,” kata Menteri Tenaga Arifin Tasrif kepada Reuters, merujuk kepada Pertamina Indonesia dan PETRONAS.
“Mereka perlu memuktamadkan jenis skim bersama yang mereka sediakan,” katanya di luar persidangan Energy Asia yang dianjurkan oleh Petronas di Kuala Lumpur.
Tanpa mengulas secara khusus mengenai perjanjian berkenaan, Petronas berkata bahawa mereka secara aktif mencari peluang baharu bagi memastikan dapat terus berdaya tahan dalam perubahan landskap tenaga.
Projek Masela diketuai oleh firma dari Jepun, Inpex yang memilik 65 peratus kepentingan, satu projek yang direka bagi mendapatkan jumlah pengeluaran gas asli cecair (LNG) tahunan sebanyak 9.5 juta tan metrik pada tahap kemuncak.