Pertemuan Empat Mata Antara Ketua Rundingan AS-China Bakal Berlangsung Pada Selasa Minggu Hadapan

Pertemuan Empat Mata Antara Ketua Rundingan AS-China Bakal Berlangsung Pada Selasa Minggu Hadapan

Menteri Perdagangan China pada hari ini mengesahkan bahawa ketua perunding China dan AS telah dijadualkan menghadiri mesyuarat dua hari (30-31 Julai)

Menteri Perdagangan China pada hari ini mengesahkan bahawa ketua perunding China dan AS telah dijadualkan menghadiri mesyuarat dua hari (30-31 Julai) yang bakal berlansung di Shanghai bermula pada hari Selasa hadapan.

Perbincangan secara bersemuka tersebut akan pertemuan pertama antara AS dan China selepas Presiden Trump dan Xi Jinping pada persidangan G20 Jepun yang lalu bersetuju untuk kembali ke meja rundingan bagi menyelesaikan konflik perdagangan mereka.

Serangan tarif bernilai berbillion dollar yang saling dikenakan antara kedua-dua kuasa besar ekonomi di atas telah menganggu rantaian bekalan di peringkat global serta pasaran kewangan secara amnya.

White House mengatakan bahawa China bersetuju untuk menyenaraikan beberapa pembelian baru daripada barangan pertanian AS.

Dan tindakan susulan dapat dilihat apabila China pada hari Jumaat lalu, sebelum mengumumkan tarikh rundingan seterusnya telah memaklumkan kepada syarikat pengimport swasta mereka tentang rancangan bagi meningkatkan pembelian kacang soya.

Berkata jurucakap kementerian Gao Feng, “Sebahagian syaraikat China bersetuju untuk meneruskan pembelian barangan pertanian daripada AS dan mereka telahpun menanyakan harga daripada para pembekal dan akan mula mendatangani kontrak tidak lama lagi”.

“Pembelian walau bagaimanapun akan diputuskan oleh syarikat tersebut berdasarkan undang-undang pasaran”, tambah beliau ketika menjelaskan bahawa rundingan perdagangan tidak menjejaskan pembelian bahan pertanian daripada AS.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: