Pertumbuhan Ekonomi Akan Terus Membisu Sehingga Covid-19 Dapat Dikawal – Penggubal Dasar Fed

Pertumbuhan Ekonomi Akan Terus Membisu Sehingga Covid-19 Dapat Dikawal – Penggubal Dasar Fed

Pemulihan ekonomi AS akan berjalan secara beransur-ansur dan perlahan sehingga koronavirus dapat dikawal, dan Amerika perlu belajar untuk hidup bersa

Pemulihan ekonomi AS akan berjalan secara beransur-ansur dan perlahan sehingga koronavirus dapat dikawal, dan Amerika perlu belajar untuk hidup bersama ‘virus’ ini beberapa bulan kehadapan, jelas tiga pembuat dasar Fed semalam.

Perbelanjaan pengguna mungkin akan tetap lemah relatif kepada masa lalu berikutan orang ramai menghindari aktiviti yang memerlukan tahap interaksi sosial yang tinggi atas alasan kesihatan, kata Presiden Fed Boston, Eric Rosengren menerusi sebuah persidangan dalam talian yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan South Shore di Massachusetts.

“Ramalan bagi ekonomi AS pada musim luruh ini agak tidak menentu, tetapi pandangan saya adalah kelembapan aktiviti ekonomi baru-baru ini yang dapat kita lihat dalam data berfrekuensi tinggi berkemungkinan akan berlanjutan,” jelas beliau.

Dengan vaksin yang tidak mungkin dapat disiapkan dalam waktu terdekat, pengguna dan para peniaga perlu merancang untuk menguruskan risiko virus sepanjang musim gugur dan musim sejuk, tambah Rosengren.

Presiden Fed San Francisco, Mary Daly juga berkongsi ramalan yang sama semasa perbincangan webcast bersama Economic Club of Las Vegas.

Daly mengatakan pemulihan ekonomi akan bergerak perlahan dan beransur-ansur bergantung kepada virus, dan beliau tidak menjangkakan pemulihan berbentuk V.

Presiden Fed Dallas, Robert Kaplan turut menyuarakan kebimbangan yang serupa, mengatakan dalam acara webcast bersama Dewan Perniagaan Lubbock di Texas bahawa rakyat Amerika perlu belajar untuk “hidup dengan” virus, menggunakan langkah-langkah keselamatan seperti topeng supaya ekonomi dapat terus dibuka.

Kaplan juga berpandangan bahawa kadar pengangguran AS akan tetap meningkat sekitar 9% pada akhir tahun ini, tetapi menyatakan ianya akan lebih rendah jika perniagaan dan pengguna mengambil langkah untuk mengawal virus tersebut.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: