Pertumbuhan sektor pembuatan UK mencatatkan pertumbuhan yang sedikit perlahan pada bulan November. Pertumbuhan yang sedikit perlahan pada bulan Novemb
Pertumbuhan sektor pembuatan UK mencatatkan pertumbuhan yang sedikit perlahan pada bulan November. Pertumbuhan yang sedikit perlahan pada bulan November disebabkan kos yang meningkat akibat nilai Pound yang merudum sejak warga UK telah membuat keputusan untuk keluar daripada blok ekonomi Kesatuan Eropah.
Indeks PMI Pembuatan UK pada bulan November menyusut sedikit kepada 53.4 berbanding 54.2 pada bulan Oktober. Pasaran mengunjurkan pengembangan pada angka 54.4. Namun, secara total sektor pembuatan UK masih lagi dalam momentum baik pengembangan kerana angka di atas 50 masih melambangkan pengembangan.
Ketika data berkala makroekonomi PMI pembuatan dikeluarkan petang tadi jam 5.30 petang waktu Malaysia, Pound melemah sedikit sebelum mengukuh semula berbanding kebanyakan mata wang utama dunia. Ketika ulasan ini ditulis, GBPUSD berada pada paras 1.26190 berbanding harga pembukaan hari ini 1.25047. GBPJPY pula mula diniagakan hari ini pada 143.099 dan menokok ke 144.400 ketika ulasan ini ditulis.
Secara amnya ekonomi UK kukuh lebih baik daripada jangkaan selepas Brexit. Dengan data demi data berkala makroekonomi masih menunjukkan momentum yang agak baik.
“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”
Wallahualam
COMMENTS