Pertumbuhan Sektor Perumahan Tidak Memulihkan Sentimen USD

Pertumbuhan Sektor Perumahan Tidak Memulihkan Sentimen USD

Jualan rumah subsale atau second hand AS meningkat dalam unjuran tahun ke tahun pada bulan Oktober, mencecah 5.48 juta unit, lebih tinggi berbanding j

Jualan rumah subsale atau second hand AS meningkat dalam unjuran tahun ke tahun pada bulan Oktober, mencecah 5.48 juta unit, lebih tinggi berbanding jangkaan 5.42 juta dan 5.37 juta pada bulan September.

Walau bagaimanapun, bacaan ini tidak berjaya mengukuhkan sentimen terhadap matawang US dolar yang masih diselubungi isu dalaman politik apabila kumpulan penyiasatan khas kempen Presiden Trump telahpun mengumpul dan meneliti bukti-bukti yang baru dan undian perlaksanaan tax reform Trump di dewan Senat yang masih belum diputuskan.

Bacaan yang lebih baik daripada jangkaan ini juga tidak berjaya menolak dolar untuk naik lebih tinggi berbanding matawang yang sedang melemah sejak hari Isnin yang lalu seperti Euro dan Yen.

CAD juga terus mengukuh didorong oleh peningkatan harga minyak WTI yang naik menghampiri $57 per barel.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain berada di paras 94.00, susut -0.08%.

Berikut adalah perubahan USD berbanding matawang utama setakat jam 12.30 pagi.

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: