Perubahan Drastik Sentimen, Emas Susut Empat Hari Berturut-turut

Perubahan Drastik Sentimen, Emas Susut Empat Hari Berturut-turut

Penganalisis melihat jika para pelabur Wall Street yakin bahawa dominasi dolar masih belum berakhir, penjualan emas akan kekal memandu pasaran lebih

Penganalisis melihat jika para pelabur Wall Street yakin bahawa dominasi dolar masih belum berakhir, penjualan emas akan kekal memandu pasaran lebih lama.

Kontrak hadapan emas bulan Disember yang paling aktif susut $22.50 atau 1.2% pada hari Selasa, didagang sekitar $1,789,50

Penurun empat hari berturut-turut emas merupakan rekod penyusutan paling panjang sejak tujuh bulan lalu.

Pergerakan tersebut menunjukkan peralihan dramatik sentimen pasaran emas sejak seminggu yang lepas ketika harga emas kembali naik menunju paras tertinggi $1,900.

Malah harga emas tidak pernah keluar daripada pertengahan $1,800 selama 10 hari antara 10-19 November, dipandu oleh pergerakan dolar dan hasil bon.

Namun spekulasi bahawa Fed akan menaikkan kadar faedah lebih cepat iaitu pada suku pertama 2022 telah meningkatkan semula permintaan hasil bon dan dolar AS.

Senario itu sekali gus memberi tekanan kepada emas sehingga melenyapkan momentum dan trend menaik yang terbentuk sehingga pertengahan Novmber.

Dari prespektif teknikal, jika emas jatuh di bawah $1,756 iaitu paras terendah baharu, momentum bearish berpotensi menekan harga sehingga $1,725.

Walaupun fundamental inflasi masih memberi sokongan kepada aliran masuk emas, namun sebahagian pelabur kini lebih memilih Bitcoin untuk melindungi nilai pelaburan mereka.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: