Perubahan Kecil Di Senat Memaksa Undian Semula Di Dewan Rakyat AS

Perubahan Kecil Di Senat Memaksa Undian Semula Di Dewan Rakyat AS

Undian pertama bagi meluluskan bill cukai baru di Dewan Rakyat (House of Representative) AS telah berlangsung pada hari Selasa dengan 227 kerusi berse

Undian pertama bagi meluluskan bill cukai baru di Dewan Rakyat (House of Representative) AS telah berlangsung pada hari Selasa dengan 227 kerusi bersetuju manakala 203 kerusi masih menolak pembaharuan ini dengan alasan ianya akan menambah sebanyak $1.5 trillion ke dalam $20 trillion hutang sedia ada negara untuk 10 tahun akan datang.

Dewan Rakyat kemudian membawa rang undang-undang ke dalam Dewan Senat untuk tindakan selanjutnya, namun ahli Senat memutuskan bahawa tiga peruntukan kecil perlu dikeluarkan. Kemudian mereka sepakat meluluskan bill tersebut dengan undian 51 berbalas 48. Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin turut bersama dalam undian di Dewan Senat.

Perubahan di Senat walaupun kecil, namun memerlukan Dewan Rakyat melaksanakan undian semula pada hari Rabu atau di akhir dagangan sesi Amerika. Kejayaan bill akhir untuk mendapat kelulusan kedua-dua dewan kemudian akan dibawa kepada Trump bagi mendapat tandatangan dan pengesahan beliau sebelum dimasukkan ke dalam undang-undang.

Parti Republik melihat kepentingan untuk mereka mengekalkan majoriti di dalam Dewan Rakyat dan Senat pada pilihan raya kongres pada bulan November tahun hadapan supaya dapat melancarkan perjalanan dasar fiskal mereka. Majoriti yang ada ketika ini telah berjaya memansuhkan sebahagian daripada Sistem Kesihatan Obamacare serta telah membenarkan proses penggalian minyak di kawasan Perlindungan Hidupan Liar Artik Kebangsaan di Alaska.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: