Pesimis Terhadap Pemulihan Ekonomi, Wall Street Kembali Tutup Di Lautan Merah

Pesimis Terhadap Pemulihan Ekonomi, Wall Street Kembali Tutup Di Lautan Merah

Saham AS sekali lagi menamatkan dagangan di lautan yang merah pada hari Rabu sementara USD naik mencecah paras tertinggi dua bulan yang lalu. Para

Saham AS sekali lagi menamatkan dagangan di lautan yang merah pada hari Rabu sementara USD naik mencecah paras tertinggi dua bulan yang lalu.

Para pelabur kelihatan semakin bimbang dengan prospek kurangnya pengenalan program ransangan yang baru menjelang pilihan raya AS yang mana akan berhadapan dengan musim selsema dan penularan virus.

Outlook ekonomi pula sedang diteliti didorong oleh kebimbangan terhadap risiko sekatan pergerakan terbaru bagi mengatasi jangkitan koronavirus akan menganggu proses pemulihan.

Pasaran memperlihatkan penyusutan 1.92% atau 525.05 mata saham Dow Jones, manakala S&P500 pula merosot 2.37% atau 78.65 mata dan Nasdaq jatuh 330.65 mata atau 3.02% pada sesi yang lalu.

Bacaan PMI Perkhimdatan turun dari 55.0 kepada 54.6 sementara sub indeks pekerjaan jatuh 0.8 kepada 54.1, selari dengan data yang menunjukkan kewujudan peluang pekerjaan yang perlahan.

Penganalisis dari bank ANZ berkata Pengerusi Fed, Jerome Powell mengatakan bahawa ekonomi mungkin akan memerlukan lebih banyak sokongan dan perjalanan masih jauh untuk mencapai pemulihan ekonomi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: