Pesuruhjaya EU Moscovici: Sekatan Mungkin Dikenakan Ke Atas Itali Jika Pelan Belanjawan 2019 Mereka Ditolak

Pesuruhjaya EU Moscovici: Sekatan Mungkin Dikenakan Ke Atas Itali Jika Pelan Belanjawan 2019 Mereka Ditolak

Kesatuan Eropah dikatakan boleh mengenakan sekatan ke atas Itali jika tiada perjanjian dapat dicapai berkenaan belanjawan mereka pada tahun hadapan.

Kesatuan Eropah dikatakan boleh mengenakan sekatan ke atas Itali jika tiada perjanjian dapat dicapai berkenaan belanjawan mereka pada tahun hadapan.

Pierre Moscovici, Pesuruhjaya bagi pengurusan ekonomi EU berkata, “Saya mahukan dialog, namun sekatan merupakan langkah terakhir yang boleh dilaksanakan jika tiada perjanjian dapat disepakati”.

Rangka belanjawan Itali dilihat telah melanggar syarat-syarat fiskal EU dan perlu dikaji semula pada 13 November hadapan.

“Pada 13 November, kami menjangkakan jawapan yang kukuh dan tepat daripada kerajaan Itali”, jelas Moscovici.

Tambah beliau, “Saya setuju jika dasar mesra pertumbuhan dilaksanakan di Itali. Dasar dengan kadar hutang awam yang tinggi bukanlah mesra pertumbuhan”.

Menteri Kewangan Itali, Giovanni Tria pula pada hari Isnin telah mengulangi kenyataan beliau bahawa belanjawan negara mereka tidak akan berubah.

Giovanni turut menegaskan bahawa pelan defisit belanjawan yang lebih besar pada tahun depan tidak akan melonjakkan hutang awam negara yang mana nisbah hutang kepada KDNK masih sekitar 130%.

Kelembapan aktiviti sektor perkhidmatan di Itali pada bulan Oktober menerusi laporan PMI tinjauan Markit pada hari ini turut memberi tekanan kepada sentimen euro, mengenepikan perubahan positif sektor perkhidmatan negara Eropah lain.

Sehingga jam 6.40 petang, EUR/USD didangang sekitar 1.1397, berundur daripada paras tertinggi harian 1.1425

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: