petronas brazil

Petronas Rasmi Pembukaan Stesen Minyak Pertama Di Brazil

Petronas telah membuka stesen minyak pertamanya di Sao Paulo, Brazil minggu lepas, dengan kerjasama rangkaian stesen minyak Monte Carlo di negara itu.

Hal ini dikongsi oleh pengurus besar Petronas untuk pelesenan runcit dan jenama, penapisan hiliran, pemasaran dan perdagangan Badrul Hisham Mahmud di LinkedIn.

Berita itu juga telah diumumkan oleh ketua Projek Perkongsian Petronas, yang juga berkhidmat sebagai Projek Strategik dan Pengarah Perniagaan Baharu SIM Distribuidora de Combustíveis, Erik Martimiano da Silva.

“Kami amat berbangga menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini bagi sektor bahan api di Brazil, dengan perasmian stesen minyak Petronas pertama di negara ini.

“Kami akan menawarkan bahan api juara pembina lapan kali dalam kategori sukan permotoran, bersama-sama dengan barisan produk Petronas Primax,” kata beliau dalam catatan di Linkedin.

Begitu juga, Pengarah Perancangan, Projek dan Perniagaan Baharu Argenta, Murilo Dancieri Silveira, berkata stesen Petronas akan menawarkan pelbagai pilihan bahan api kepada rakyat Brazil.

“Ia adalah hari yang sangat istimewa untuk saya dan untuk sejarah sektor bahan api di Brazil!

“Lahirnya stesen minyak pertama dengan jenama Petronas di Brazil. Syarikat asal dari Malaysia. Kami di Argenta dan SIM Distribuidora de Combustíveis berbangga menjadi sebahagian daripada perancangan ini,” katanya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *