Petronas Rugi RM21b Pada Q2 2020, Jamin Tiada Pembuangan Pekerja Akan Dilakukan

Petronas Rugi RM21b Pada Q2 2020, Jamin Tiada Pembuangan Pekerja Akan Dilakukan

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatat prestasi kewangan yang rendah di awal pertengahan tahun 2020, mencerminkan ketidakpastian yang dihadapi ol

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatat prestasi kewangan yang rendah di awal pertengahan tahun 2020, mencerminkan ketidakpastian yang dihadapi oleh industri minyak dan gas akibat wabak Covid-19.

Rekod kerugian RM21 bilion yang dialami pada suku kedua yang berakhir 30 Jun 2020 merupakan kerugian suku tahunan pertama syarikat tersebut sejak ditubuhkan pada 1974.

Bagi separuh tahun pertama 2020, Petronas mencatatkan kerugian RM16.5 bilion, sementara pendapatannya merosot 23% kepada RM93.6 bilion.

Walau bagaimanapun, Presiden dan CEO kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata di sebalik angka yang suram itu, syarikat masih mengekalkan daya tahan dengan mengambil langkah strategik tanpa mengurangkan atau membuang pekerjanya bagi menampung kerugian.

Beliau turut menegaskan bahawa kumpulan komited untuk mengambil semua langkah yang diperlukan bagi menuju pemulihan, termasuk melibatkan pembentukan semula gabungan portfolio, penyusunan semula persamaan modal insan dan menekankan pada pelaksanaan berfokus yang pantas.

“Ketika membentuk semula gabungan portfolio kami, kumpulan Petronas menggunakan gred portfolio yang tinggi untuk mengimbangkan antara kemampanan dan memastikan pulangan hasil akan datang yang lebih tinggi,” jelas beliau ketika menyampaikan prestasi kewangan kumpulan kepada sidang media.

Mengulas tentang pemberian dividen Petronas kepada kerjaan tahun ini, Tengku Muhammad Taufik menjelaskan ianya akan bergantung kepada kemampuan semasa kewangan mereka susulan prestasi yang kurang memberansangkan pada H1 2020.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: