PIAM Jangka Tuntutan Insurans Berkaitan Banjir Cecah RM3 bilion

PIAM Jangka Tuntutan Insurans Berkaitan Banjir Cecah RM3 bilion

PERSATUAN Insurans Am Malaysia (PIAM) menganggarkan Industri insurans am berdepan dengan tuntutan berkaitan banjir dianggarkan antara RM2 bilion hing

PERSATUAN Insurans Am Malaysia (PIAM) menganggarkan Industri insurans am berdepan dengan tuntutan berkaitan banjir dianggarkan antara RM2 bilion hingga RM3 bilion berikutan banjir besar yang melanda di beberapa kawasan, baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan pada semalam, PIAM berkata anggaran ini termasuk tuntutan persendirian dan komersial yang berpotensi dan sebenar serta tuntutan risiko komersial yang berpunca daripada banjir kilat baru-baru ini dan musim tengkujuh dalam beberapa minggu serta bulan akan datang.

“Sebagai tambahan kepada jumlah pembayaran tuntutan yang dianggarkan di atas untuk bencana ini, industri insurans am turut menghulur bantuan dengan menyumbang RM2.43 juta kepada Dana Bantuan Banjir Disember 2021 yang baru ditubuhkan sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) menyokong komuniti permotoran yang terjejas teruk semasa zaman sukar ini,” katanya.

PIAM berkata bantuan CSR ini pada mulanya adalah dalam bentuk subsidi ke arah pembersihan di bengkel untuk kenderaan yang terjejas secara langsung akibat banjir, dihadkan pada subsidi sekali beri bagi setiap kenderaan sebanyak RM500 untuk kereta/kenderaan perdagangan dan RM100 untuk motosikal.

Pihak yang menuntut perlu mengemukakan bukti yang diperlukan tentang kerosakan banjir pada kenderaan mereka dan bukti perlindungan insurans terdahulu.

Kenderaan tersebut mestilah sama ada diinsuranskan pada masa ini (sebarang jenis polisi motor dengan atau tanpa perlindungan banjir adalah layak) atau kenderaan yang kali terakhir diinsuranskan pada 1 Jun 2021.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: