Pilihan Raya AS: Kemenangan Demokrat Yang Muktamad Bakal Menekan USD – Nordea

Pilihan Raya AS: Kemenangan Demokrat Yang Muktamad Bakal Menekan USD – Nordea

Pilihan raya AS bulan November menunjukkan risiko yang begitu tinggi kepada pasaran kewangan dengan hasil keputusan pilihan raya yang masih kabur.

Pilihan raya AS bulan November menunjukkan risiko yang begitu tinggi kepada pasaran kewangan dengan hasil keputusan pilihan raya yang masih kabur.

Kemenangan Biden akan memandu EUR/USD naik ke paras yang lebih tinggi berikutan perancangan cukai beliau berpotensi memicu kebimbangan dikalangan pelabur ekuiti.

Sementara itu, bagi Trump mengekalkan pemerintahannya pada penggal yang kedua juga masih tidak menentu, jelas ahli strategi dari Nordea dalam laporannya.

Kenaikan cukai merupakan antara agenda utama Biden. Walaupun jika ianya hanya mensasarkan golongan berpendapatan tinggi, rancangan tersebut tetap akan merangkumi cukai korporat, dividen dan cukai ke atas keuntungan modal yang mana merupakan kebimbangan terbesar di kalangan pelabur saham ekuiti.

Namun begitu, Nordae melihat bagi tempoh masa yang pendek, ransangan fiskal yang cukup masih mampu mengatasi kebimbangan tersebut.

Sebaliknya, senario kemenangan Trump termasuk penguasaan Republik di Kongres pula akan meningkatkan ketidaktentuan terhadap dasar perdagangan global.

Hal ini kerana Trump dilihat akan lebih memberi tumpuan kepada dasar-dasar perdagangan berikutan penguasaan parti Demokrat di dewan rakyat yang akan terus menghalang agenda-agenda demostik beliau.

Risiko perang perdagangan yang berterusan serta sebarang keputusan diluar jangkaan akan menjejaskan ‘risk appetite’ dan menyokong USD, sekali gus akan mendorong penurunan EUR/USD terutamanya jika tarif dilaksanakan ke atas kenderaan-kenderaan Eropah.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: