Pilihanraya Jerman : Mampukah Merkel Kekal?

Pilihanraya Jerman : Mampukah Merkel Kekal?

Mark Rutte, Emmanuel Macron & Theresa May - Tiga nama besar dunia politik ini berjaya mengharungi Pilihanraya nasional mereka di Belanda, Perancis

Mark Rutte, Emmanuel Macron & Theresa May – Tiga nama besar dunia politik ini berjaya mengharungi Pilihanraya nasional mereka di Belanda, Perancis dan United Kingdom. Kini tiba pula masanya bagi kuasa ekonomi terbesar Eropah iaitu Jerman pula mengambil tempat ke kotak undian bagi memilih ahli-ahli Bundestag ke-19. Dan seterusnya melantik Canselor secara majoriti yang kemudiannya akan membentuk kerajaan.

Angela Merkel, Canselor Jerman ini bakal dicabar bagi mengekalkan kedudukan beliau sekarang, apabila warga “Deutschland” kembali ke kotak undi bagi memilih calon pilihan mereka pada 24 September ini. Merkel dan partinya Christian Democratic Union (CDU) dijangka tidak akan menghadapi masalah untuk menang.

Namun, siapa yang bakal menjadi gabungan pakatan CDU masih menjadi persoalan. Ianya masih tidak jelas sama ada CDU/CSU (Christian Social Union) akan bekerjasama hanya dengan FDP (Free Democratic Party) dalam pakatan baru, atau sama ada mereka perlu The Greens juga untuk berada di dalam pakatan – Pakatan Jamaica : Merujuk kepada warna tradisi parti-parti yang terlibat; Merah, Kuning dan Hijau.

Polisi yang dibawa oleh beliau terhadap pelarian perang menyaksikan Jerman menerima lebih daripada sejuta imigran diterima baik oleh golongan muda, sekaligus menjadikan beliau popular dan berpengaruh. Kehidupan yang selesa dan kelangsungan keselamatan membuatkan ramai cenderung untuk mengekalkan Merkel pada kali ini.

Sekiranya Merkel mampu membentuk kerajaan sekali lagi untuk penggal keempat berturut-turut, ianya adalah positif bagi matawang EUR. Ini kerana Merkel adalah seorang yang pro-Eropah dan hubungan baik beliau bersama Macron menjamin komitmen Jerman di blok kesatuan Eropah.

Ketidakstabilan suasana dan sentimen sewaktu pilihanraya bakal memberi kesan kepada pergerakan instrumen kewangan di Jerman dan Eropah seperti matawang EUR, Indeks Jerman dan termasuklah instrumen safe haven seperti Emas, Perak dan CHF. Dijangka kemungkinan berlakunya ‘price gap’ ketika pasaran dibuka semula pada Isnin sebagai kesan ‘aftermath’ yang biasa berlaku selepas apa-apa juga ‘big event’ yang berlaku pada hujung minggu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: