Pintu ‘Rate Cut’ ECB Bulan Disember Masih Terbuka

Pintu ‘Rate Cut’ ECB Bulan Disember Masih Terbuka

Hasil Bon Kerajaan blok Eropah merosot pada hari ini berikutan ketidaktentuan bank pusat terhadap outlook ekonomi mengelabui kehadiran vaksin Covid-1

Hasil Bon Kerajaan blok Eropah merosot pada hari ini berikutan ketidaktentuan bank pusat terhadap outlook ekonomi mengelabui kehadiran vaksin Covid-19 yang diharapkan dapat memperlahankan keperluan dasar yang lebih longgar.

Pengerusi Fed dan Presiden ECB semalam menyambut baik keputusan ujian klinikal vaksin yang memberansangkan, namun tetap menekakan ketidakpastian unjuran ekonomi.

“Mereka semua berkongsi kebimbangan yang sama iaitu kemunculan vaksin Covid-19 mungkin tidak dapat menamatkan cabaran yang sedang ditempuhi oleh ekonomi akibat wabak”, kata ahli strategi Deutsche Bank, Jim Reid.

Laporan tentang 90% keberkesanan vaksin Covid-19 oleh Pfzier pada hari Isnin lalu telah memicu penjualan besar-besaran pasaran bon AS dan Eropah, namun keyakinan tersebut kian melemah dengan berlalunya waktu.

Berhadapan dengan kemungkinan kemelesetan pada suku tahun keempat, ECB sebelum ini menyebutkan kemungkinan lebih banyak ransangan akan diperkenalkan pada bulan Disember.

Komen-komen ahli ECB pada minggu ini juga mengukuhkan lagi jangkaan tersebut.

Ahli Strategi Eropah di Raymond James, Chris Bailey berkata kesimpulan yang dapat dibuat daripada forum yang dikendalikan oleh ECB pada minggu ini adalah banyak perkara yang perlu dilakukan oleh bank pusat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: