zipmex-kripto

Platform Kripto Zipmex Mohon Perlindungan Kebankrapan Di Singapura

Pertukaran mata wang kripto yang tertumpu di Asia Tenggara, Zipmex berkata ia telah memohon perlindungan kebankrapan di Singapura, menjadi mangsa baharu dalam siri kemelesetan global mata wang digital.

Zipmex yang berpangkalan di Singapura menyambung semula pengeluaran minggu lalu, sehari selepas menyekatnya pada 20 Julai lalu dengan berkata syarikat sedang berusaha untuk menangani pendedahannya sebanyak AS$53 juta kepada pemberi pinjaman kripto Babel Finance dan Celsius.

Peguam cara Zipmex mengemukakan lima permohonan pada 22 Julai memohon moratorium untuk melarang prosiding undang-undang terhadap Zipmex sehingga enam bulan.

Di bawah undang-undang Singapura, pemfailan sedemikian memberikan syarikat moratorium automatik selama 30 hari, atau sehingga Mahkamah Singapura membuat keputusan mengenai permohonan itu, yang mana lebih awal.

Zipmex, yang beroperasi turut beroperasi di Thailand, Indonesia dan Australia menurut laman webnya menjadi mangsa terbaru dalam rangkaian pemain crypto di seluruh dunia yang sedang berdepan kesukaran berikutan penjualan mendadak dalam pasaran yang bermula pada bulan Mei dengan kejatuhan dua pasangan token, Luna dan TerraUSD.

Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Thailand berkata pada hari Isnin mereka sedang bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang untuk melihat potensi kerugian dalam kalangan orang ramai selepas Zipmex menyekat pengeluaran buat sementara waktu.

Sektor mata wang kripto Singapura yang bercita-cita menjadi sektor terbesar di Asia Pasifik, juga telah digoncang oleh kejatuhan dana kripto Three Arrows Capital baru-baru ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *