PLUS Alami Kerugian RM400 Juta Dalam Tempoh Tiga Bulan PKP, Jamin Tiada Potongan Gaji

PLUS Alami Kerugian RM400 Juta Dalam Tempoh Tiga Bulan PKP, Jamin Tiada Potongan Gaji

PLUS Malaysia Bhd (PLUS) mengalami kerugian RM400 juta dalam tempoh tiga bulan sejak Mac kesan daripada pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP)

PLUS Malaysia Bhd (PLUS) mengalami kerugian RM400 juta dalam tempoh tiga bulan sejak Mac kesan daripada pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk mengekang penyebaran wabak Covid-19.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata jumlah kenderaan di lebuh raya di bawah operasi syarikat menurun 90 peratus sepanjang tempoh tersebut, dari 1.7 juta kenderaan sehari kepada 170,000 sehari.

“Pendapatan kami turun 90% pada bulan Mac, April dan Mei tetapi meningkat semula pada 6 Jun setelah kerajaan membenarkan perjalanan antar negari.

“RM400 juta tidak dapat dipulihkan dan secara tidak langsung memberi kesan kepada syarikat dan pekerja,” katan Azman dalam ceramah eksekutif bertajuk “Kepemimpinan Dalam Mengarahkan Organisasi Di Masa Bergejolak Ke Arah Pemulihan Dari Covid-19” di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) semalam.

Beliau berkata bahawa pengurusan PLUS perlu membuat banyak keputusan penting untuk mengelakkan impak yang besar terhadap operasi dan kesejahteraan pekerja PLUS dengan persetujuan pihak pengurusan dan kesatuan sekerja.

Hal ini termasuk tiada lagi anjuran pelbagai program atau perayaan seperti Hari Raya, tiada pakaian seragam yang baru dan tidak ada kenaikan gaji pada tahun ini, jelas beliau.

Walau bagaimanapun, Azman tetap menegaskan bahawa tiada pemotongan gaji akan dilakukan dan PLUS akan terus memastikan 3,800 kakitangan mereka dapat meneruskan pekerjaan.

Jumlah kenderaan yang menggunakan lebuh raya PLUS kini telah kembali meningkat kepada 1.5 juta sehari, dan dijangka terus meningkat jika kerajaan membuka sepenuhnya sempadan Malaysia-Singapura di masa hadapan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: