PM Abe: Kerajaan Jepun Bersedia Melindungi Ekonomi Daripada Coronavirus

PM Abe: Kerajaan Jepun Bersedia Melindungi Ekonomi Daripada Coronavirus

PM Jepun Shinzo Abe pada hari Jumaat berjanji untuk menyediakan dasar yang sesuai bagi melindungi pemulihan ekonomi daripada impak negatif wabak coro

PM Jepun Shinzo Abe pada hari Jumaat berjanji untuk menyediakan dasar yang sesuai bagi melindungi pemulihan ekonomi daripada impak negatif wabak coronavirus.

Abe mengatakan bahawa kerajaan memiliki simpanan yang cukup untuk dipindahkan ke dalam perbelanjaan kecemasan berkaitan wabak covid-19 tanpa perlu memasukkan ke dalam pakej belanjawan yang baru.

“Namun saya sedar dengan pandangan yang melihat jika virus merebak, ianya akan memberi impak yang besar ke atas ekonomi. Oleh itu, kami sedang memantau perkembangan tersebut dengan teliti”, jelas Abe di dalam parlimen.

Tambah beliau, “Jika perkembangan berubah, kami akan memperkenalkan langkah-langkah yang diperlukan untuk mencegah virus daripada menjadi risiko besar yang menekan ekonomi Jepun”.

Ekonomi Jepun pada suku tahun keempat 2019 telah mengucup pada kadar terpantas, hampir menyamai rekod terendah enam tahun lalu, didorong oleh kelemahan permintaan global dan peningkatan cukai jualan yang menekan perbelanjaan pengguna dan syarikat.

Sebahagian penganalisis melihat ekonomi Jepun akan terus mengucup pada Q1 tahun 2020 dan jatuh ke dalam kemelesetan berikutan gangguan rantaian bekalan telah mengakibatkan penurunan aktiviti ekonomi.

Menteri Kewangan Yasutoshi Nishimura di dalam parlimen pada hari ini mengukuhkan pandangan di atas dengan mengatakan, “Benar ekonomi Jepun dalam keadaan yang sukar kerana pembatalan sebahagian besar acara, namun isu utama ketika ini adalah menghalang virus daripada merebak”.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: