rishi-sunak

PM Baharu UK Bakal Mewarisi Ekonomi Yang Sedang Berada Dalam Krisis

Bekas menteri kewangan Rishi Sunak yang bakal dilantik sebagai PM baharu Britian, akan mewarisi ekonomi UK yang kini sedang menuju ke arah kemelesetan walaupun sebelum kegawatan yang dicetuskan oleh Liz Truss baru-baru ini.

Lizz Truss telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai PM selepas rancangan belanjawan pemotongan cukainya yang dibiayai oleh hutang gagal dilaksanakan.

Belanjawan pemotongan cukai Truss itu bukan sahaja menjatuhkan nilai pound, malah turut memicu kejutan dalam pasaran secara keseluruhan.

Situasi ini memaksa kerajaan dibawah pimpinan baharu untuk mengubah semula sebahagian besar belanjawan itu, termasuk mengurangkan had pada bil tenaga yang sedang melambung tinggi sehingga membawa kepada krisis kos sara hidup bagi berpuluh juta rakyat Britain.

Data rasmi yang dikeluarkan oleh S&P Global semalam menunjukkan kemelesetan ekonomi Britain bertambah buruk pada bulan Oktober, dengan keluaran sektor swasta berada pada paras terendah 21 bulan.

“Data PMI Oktober menunjukkan momentum kadar kemerosotan ekonomi semakin meningkat selepas pergolakan pasaran kewangan dan politik baru-baru ini,” kata Chris Williamson, ketua ekonomi perniagaan di S&P Global Market Intelligence.

“Ketidakpastian politik dan ekonomi yang memuncak telah menyebabkan aktiviti perniagaan jatuh pada kadar yang tidak pernah dilihat sejak krisis kewangan global 2009 jika tempoh penutupan pandemik dikecualikan,” tambahnya.

Williamson juga berkata bahawa bacaan PMI di masa hadapan berkemungkinan menunjukkan Britain sudah berada dalam kemelesetan.

UK tidak bersendirian, bagaimanapun, dengan data S&P berasingan yang menunjuk kepada “kemelesetan yang akan berlaku” di Jerman, ekonomi terbesar Eropah.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *