PM Itali: Defisit Belanjawan Negara Akan Terus Mengembang Akibat Wabak

PM Itali: Defisit Belanjawan Negara Akan Terus Mengembang Akibat Wabak

Defisit belanjawan Itali yang diunjurkan mencapai 10.4% KDNK pada tahun ini dijangka mengembang lebih besar berikutan kerajaan sedang berusaha merans

Defisit belanjawan Itali yang diunjurkan mencapai 10.4% KDNK pada tahun ini dijangka mengembang lebih besar berikutan kerajaan sedang berusaha meransangkan ekonomi yang terjejas akibat penularan wabak koronavirus, jelas Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte.

Langkah-langkah untuk menghindari pemberhentian pekerja termasuk membantu sektor-sektor yang sedang bergelut seperti pelancongan tidak mampu bertahan hingga bulan September, ketika mana kerajaan akan membentangkan rancangan komprehensif bagi melancarkan kembali ekonomi setelah krisis koronavirus, katanya.

“Peningkatan defisit belanjawan berkemungkinan akan berlaku,” kata Conte dalam sidang media Ahad yang lalu.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan keraajan terhadap isu kelemahan perbelanjaan pengguna.

Walaupun belum mempunyai sebarang keputusan untuk mengawal namun langkah-langkah yang membebankan negara seperti pemotongan cukai jualan akan dielakkan.

Sebaliknya, kerajaan akan lebih menumpukan kepada pengurangan jurang antara gaji kasar dan gaji pekerja, yang biasanya dikenali sebagai “tax wedge”, ujar Conte.

Selain itu, beliau turut menyebutkan antara asas rancangan bulan September adalah rangkaian tunggal jalur lebar ultra-cepat, dorongan ke arah pembayaran digital dan peralihan ke sumber tenaga boleh diperbaharui.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: