PM Itali: Perjanjian Ke Atas Pakej Ransangan Dijangka Tidak Akan Tercapai Pada Persidangan EU Minggu Ini

PM Itali: Perjanjian Ke Atas Pakej Ransangan Dijangka Tidak Akan Tercapai Pada Persidangan EU Minggu Ini

Kerajaan Itali dilaporkan sedang mengusahakan satu pakej ransangan baru bernilai $50 billion EUR bagi mengurangkan impak krisis koronavirus ke atas e

Kerajaan Itali dilaporkan sedang mengusahakan satu pakej ransangan baru bernilai $50 billion EUR bagi mengurangkan impak krisis koronavirus ke atas ekonomi, jelas PM Itali, Giussepe Conte pada hari ini.

Butiran terhadap pelan tersebut akan diumumkan pada akhir bulan April, jelas Conte kepada dewan Senat.

Pihak kerajaan pada bulan yang lalu telah meluluskan suntikan dana bernilai $25 billion EUR bagi membantu ekonomi berhadapan wabak yang telah membunuh 24,114 rakyat Itali pada hari Isnin, jumlah kematian kedua tertinggi di dunia selepas AS.

Selain itu, Conte juga menyuarakan bahawa beliau tidak yakin ketua-ketua Zon Eropah akan mencapai penyelesaian terakhir bagi membantu memulihkan ekonomi blok kesatuan pada persidangan siaran secara langsung pada hari Khamis hadapan.

Ketika berucap di dewan Senat Itali, Conte menyatakan masa hadapan EU bergantung kepada keupayaan mereka mencari sumber bersama yang mencukupi bagi mengatasi krisis dan menerima cadangan terbaru daripada Perancis dan Sepanyol.

“Saya tidak fikir pada mesyuarat akan datang bersama 27 ketua negara akan menemukan satu penyelesaian yang pasti, namun saya akan cuba sedaya upaya untuk memastikan pertemuan tersebut menyatakan laluan politik yang lebih jelas dan wajar”, jelas Conte.

Tambah beliau, Itali tidak akan menggunakan veto bagi mendapatkan dana bantuan Zon Eropah kerana negara lain termasuk Sepanyol turut menyuarakan keinginan mereka untuk menggunakannya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: