PM Jepun Beri Amaran Tentang Kesan Negatif Penyusutan Yen Ke Atas Syarikat

PM Jepun Beri Amaran Tentang Kesan Negatif Penyusutan Yen Ke Atas Syarikat

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida pada hari ini berkata kerajaan akan meneliti kesan terhadap ekonomi susulan penurunan berterusan yen yang diliha

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida pada hari ini berkata kerajaan akan meneliti kesan terhadap ekonomi susulan penurunan berterusan yen yang dilihat berisiko melemahkan keuntungan syarikat.

Inflasi borong Jepun telah mencecah paras tertinggi 13 tahun pada bulan September, didorong oleh kenaikan harga komoditi global dan yen yang lemah telah menaikkan kos input.

Situasi tersebut telah meningkatkan tekanan ke atas syarikat-syarikat yang telah terjejas dengan kekangan bekalan dan unjuran ekonomi yang suram.

“Jika Yen terus melemah, hal itu akan merangsang eksport. Namun sebaliknya, ia juga akan menyebabkan kenaikan kos bagi syarikat kerana harga import yang lebih tinggi,” jelas Kishida dalam sidang parlimen.

“Kami akan memerhatikan kesan pergerakan mata wang ke atas syarikat,” ujar beliau ketika disoal bagaimana kerajaan akan bertindak terhadap penyusutan yen yang berlebihan.

Kishida juga berkata kerajaan akan membantu perusahaan kecil dan sederaha (SME) untuk menghadapi kenaikan kos menerusi bantuan kewangan dan langkah-langkah yang dapat meningkatkan produktivit mereka.

Para pembuat dasar Jepun sememangnya cenderung menginginkan nilai yen yang lemah berikutan kebergantungan ekonomi terhadap eksport itu menjadi lebih berdaya saing di luar negara.

Bagaimanapun, syarikat-syarikat domestik juga akan terkesan dengan peningkatan kos daripada penyusutan yen berikutan kebergantungan Jepun terhadap import makanan, minyak dan barangan mentah.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: