PM Jepun Gesa Kenaikan Gaji 3% Tahun Hadapan Dalam Rundingan Bersama Kesatuan Pekerja

PM Jepun Gesa Kenaikan Gaji 3% Tahun Hadapan Dalam Rundingan Bersama Kesatuan Pekerja

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dijangka menggesa sektor perniagaan untuk menaikkan gaji sekitar 3% pada tahun hadapan dalam satu rundingan bers

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dijangka menggesa sektor perniagaan untuk menaikkan gaji sekitar 3% pada tahun hadapan dalam satu rundingan bersama kesatuan pekerja, lapor agensi akhbar Kyodo pada hari ini.

Permintaan itu akan menjadi sebahagian daripada inisiatif Kishida untuk mengagihkan lebih banyak kekayaan kepada isi rumah, dan membantu meringankan penderitaan pengguna daripada kenaikan kos minyak dan makanan.

Cadangan yang akan digubal dalam kabinet kerajaan pada hari ini akan menjadi yang pertama dalam tempoh empat tahun untuk kerajaan Jepun menetapkan satu sasaran berangka bagi perniagaan tentang tahap kenaikan gaji.

Walau bagaimanapun, terdapat ketidakpastian sama ada syarikat akan secara sukarela mematuhi permintaan Kishida itu kerana kebanyakan mereka mengekalkan pertumbuhan gaji yang rendah untuk melindungi pekerjaan dan mengharungi kesan daripada wabak koronavirus.

“Dengan ketidaktentuan ekonomi yang semakin memuncak, syarikat akan lebih berhati-hati untuk menaikkan gaji,” kata Takumi Tsunoda, pakar ekonomi kanan di Institut Penyelidikan Bank Pusat Shinkin.

“Agak sukar untuk mencapai kenaikan gaji sebanyak 3% kerana pemulihan ekonomi tidak sekuat yang dijangkakan oleh kerajaan,” tambah beliau.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Shinzo Abe juga tidak berkesempatan untuk meningkatkan gaji walaupun berulang kali meminta para peniaga untuk menyalurkan keuntungan besar yang mereka peroleh daripada dasar rangsangan “Abenomics” beliau.

Pada rundingan untuk menetapkan gaji 2021 pada tahun lalu, syarikat-syarikat Jepun menawarkan kenaikan terendah dalam tempoh 8 tahun berikutan krisis wabak menjejas keuntungan mereka.

Pertumbuhan gaji yang perlahan adalah antara faktor yang menghalang Bank Pusat Jepun daripada mencapai sasaran inflasi 2% mereka, kerana ia melemahkan kuasa belian isi rumah.

Jepun telah melancarkan pakej perbelanjaan bernilai $490 bilion pada minggu lalu yang mana termasuk pembiayaan untuk meningkatkan gaji yang ditetapkan kerajaan kepada jururawat dan pekerja penjagaan sosial sebanyak tiga peratus.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: