PM Jepun Sahkan Simpanan Minyak Mungkin Dikeluarkan Bagi Membendung Kenaikan Harga

PM Jepun Sahkan Simpanan Minyak Mungkin Dikeluarkan Bagi Membendung Kenaikan Harga

Jepun sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan simpanan minyaknya buat kali pertama bagi mengekang harga minyak yang tinggi. Kenyataan tersebut

Jepun sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan simpanan minyaknya buat kali pertama bagi mengekang harga minyak yang tinggi.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh agensi berita Kyodo hari ini dengan PM Jepun, Fumio Kishida memberi isyarat tentang kesediaannya untuk membendung kenaikan harga minyak berikutan permintaan daripada Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, Jepun mungkin berdepan cabaran untuk meluluskan rancangan itu kerana di bawah undang-undang, kerajaan hanya boleh mengeluarkan simpanan minyak ketika berlakukanya gangguan bekalan atau bencana alam, bukan untuk menurunkan harga.

Presiden Joe Biden sebelum ini telah menggesa sebahagian negara ekonomi besar untuk mempertimbangkan pengeluaran simpanan minyak strategik mereka bagi menyekat kenaikan harga tenaga yang terlalu tinggi.

Permohonan tersebut juga ditujukan kepada China untuk buat pertama kalinya mempertimbangkan pengeluaran stok minyak mentah mereka.

“Kami sedang meneruskan penilaian terhadap undang-undang mengenai apa yang dapat kami lakukan secara sah atas premis bahawa Jepun akan menyelaraskan dengan Amerika Syarikat dan negara lain,” jelas Kishida.

“Kami ingin membuat kesimpulan selepas melakukan pertimbangan secara menyeluruh tentang situasi yang dihadapi setiap negara dan apa yang boleh dilakukan oleh Jepun,” tambah beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: