PM Jepun Shinzo Abe Letak Jawatan, USD/JPY Terjun Ke Lautan ‘Merah’

PM Jepun Shinzo Abe Letak Jawatan, USD/JPY Terjun Ke Lautan ‘Merah’

Pasangan matawang USD/JPY mengekalkan penurunan memasuki pertengahan sesi dagangan AS, didagang sekitar 105.40/50 dengan terjunan lebih 175 pips.

Pasangan matawang USD/JPY mengekalkan penurunan memasuki pertengahan sesi dagangan AS, didagang sekitar 105.40/50 dengan terjunan lebih 175 pips.

Perubahan intraday USD/JPY yang dramatik pada hari ini didorong oleh reaksi pasaran terhadap peletakan jawatan Shinzo Abe sebagai Perdana Menteri Jepun kerana masalah kesihatan.

Selain itu, greenback (USD) juga masih ditekan oleh kenyataan Pengerusi Fed Jerome Powell semalam yang menyebutkan bahawa bank pusat bersedia membiarkan inflasi melepasi sasaran 2% untuk beberapa waktu bagi mengimbangi kelemahan tekanan yang dialami sejak bertahun-tahun yang lalu.

Tambahan pula, data ekonomi AS yang bercampur turut menjadi faktor mengekalkan tekanan bearish ke atas USD di samping penjualan teknikal USD/JPY pada garisan ‘trend support’ di sekitar pertengahan 105.00

Namun begitu, mood bullish pada pasaran ekuiti telah mengurangkan permintaan safe haven Yen, menghadkan penurunan dan mengukuhkan zon support USD/JPY yang sedang dalam keadaan ‘oversold’.

Secara keseluruhannya, pasangan USD/JPY masih berada di landasan untuk mengakhiri minggu ini dengan nada yang rendah dan berkemungkinan terdedah kepada risiko untuk melanjutkan kejatuhan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: