PM Johnson Bakal Umumkan Kawalan Pergerakan Yang Lebih Ketat – FT

PM Johnson Bakal Umumkan Kawalan Pergerakan Yang Lebih Ketat – FT

Financial Times melaporkan bahawa Perdana Menteri UK Boris Johnson akan mengumumkan sekatan Covid-19 baru yang lebih ketat. Sekatan ini dijangka a

Financial Times melaporkan bahawa Perdana Menteri UK Boris Johnson akan mengumumkan sekatan Covid-19 baru yang lebih ketat.

Sekatan ini dijangka akan diumumkan pada hari Rabu dan dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan untuk mengawal lonjakan penularan wabak virus dengan memastikan tiada perhimpunan sosial dilakukan di seluruh England.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh FT, Johnson juga dijangka mengumumkan larangan bagi perhimpunan melebihi enam orang bermula 14 September, dan akan mengenakan denda ke atas mereka yang gagal mematuhinya.

Secara fundamental gabungan antara isu Brexit dan virus menghasilkan tekanan yang berpanjangan ke atas pound, walau bagaimanapun menjualnya di tahap yang rendah bukanlah idea yang baik.

Hal ini mengisyaratkan peluang pembelian dan outlook yang terhasil dari setiap carta harga juga menunjukkan hal yang sama.

Namun sebahagian penganalisis melihat harga telah pun dalam keadaan menaik ketika ini dan bagi mengelakkan dari termasuk ke dalam perangkap ‘bull’, memerlukan kepada pembetulan harga dan penilaian semula keadaan semasa di peringkat tersebut.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: