PM Johnson: UK Akan Kehilangan Kekuatan & Keajaiban Jika Scotland Memilih Untuk Keluar Dari Kesatuan

PM Johnson: UK Akan Kehilangan Kekuatan & Keajaiban Jika Scotland Memilih Untuk Keluar Dari Kesatuan

Perdana Menteri UK Boris Johnson pada hari Isnin memperingatkan bahawa Britian akan menjadi lemah jika kesatuan yang mengikat keempat-empat negara di

Perdana Menteri UK Boris Johnson pada hari Isnin memperingatkan bahawa Britian akan menjadi lemah jika kesatuan yang mengikat keempat-empat negara di bawah UK diputuskan, sebagai bentuk penolakan terhadap desakan untuk memerdekakan Scotland.

Isu pengendalian wabak koronavirus telah meningkatkan lagi perselisihan antara empat buah negara di bawah UK (Scotland, Wales, Ireland Utara dan England) yang mana telah pun tercalar akibat Brexit.

Kerapuhan hubungan ini dapat dilihat terutamanya di Scotland di mana menolak dari meninggalkan EU dan hasil tinjauan pendapat menunjukkan sokongan untuk kemerdekaan Scotland sedikit tinggi berbanding sokongan untuk mengekalkan kesatuan yang telah terbina bersama England selama 300-tahun.

“Kesatuan UK bagi saya adalah adalah kerjasama politik terhebat yang pernah ada di dunia,” kata Johnson kepada stesen penyiaran ketika ditanya apakah erti kesatuan itu kepada beliau.

Johnson juga menyebutkan adalah sesuatu yang memalukan jika UK kehilangan kuasa dan keajaiban dari perikatan tersebut.

Sekitar 45% hingga 55% undian di Scotland menentang kemerdekaan dalam referendum 2014, namun Parti Nasional Scotland yang kini mentadbir negara secara semi-autonomi mahukan pungutan suara yang lain. Walaupun pengundi di sana menyokong untuk tinggal di EU, Britain secara keseluruhan memilih untuk keluar.

Parti Konservatif Johnson, yang mentadbir seluruh Britain dan yang memutuskan dasar di kawasan-kawasan yang belum diserahkan kepada Scotland, merupakan penyokong kuat kepada kesatuan dan menolak sebarang seruan untuk mendapatkan undian yang lain.

Walau bagaimanapun, Johnson dan menteri kanan lain telah turun mengunjungi Scotland dalam beberapa minggu yang lalu, bertujuan untuk berbicara lebih mendalam mengenai kekuatan dan faedah hubungan tersebut.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: