PM May Tangguhkan Undian Brexit, GBP/USD Terjun Lebih 150 Pips

PM May Tangguhkan Undian Brexit, GBP/USD Terjun Lebih 150 Pips

Tekanan ke atas penjualan matawang pound sterling (GBP) tidak menemui titik noktah dengan kejatuhan GBP/USD kini bergerak lebih pantas menuju paras te

Tekanan ke atas penjualan matawang pound sterling (GBP) tidak menemui titik noktah dengan kejatuhan GBP/USD kini bergerak lebih pantas menuju paras terendah Jun 2017 yang lalu.

GBP/USD berhadapan dengan penjualan pada skala yang besar sejak awal sesi dagangan Eropah sehingga jatuh lebih 150 pips daripada paras tertinggi harian 1.2760.

Penurunan mendadak ini didorong oleh reaksi pelabur terhadap laporan yang mengatakan bahawa undian Brexit di parlimen UK yang ditunggu-tunggu ditangguhkan oleh PM UK, Theresa May.

Berdasarkan perkembangan terkini, PM May akan berlepas semula ke Brussels bagi mendapatkan perjanjian yang lebih baik dan akan bertegas untuk mengubahnya supaya mendapat jaminan yang sah bahawa UK tidak akan terperangkap di dalam ‘backstop’ buat selama-lamanya.

EU pula menjelaskan bahawa syarat perjanjian yang dibentang adalah yang terbaik dan yang boleh diluluskan disamping menegaskan tidak akan membuka sesi rundingan yang baru bagi mengubah perjanjian tersebut.

Ketidaktentuan ini sekali lagi memberi tekanan yang hebat kepada GBP dan dengan permintaan USD yang meningkat dengan sokongan kenaikan hasil bon AS telah menyebabkan GBP/USD kini menuju kejatuhan 6 hari berturut-turut.

PM May dijadualkan berucap pada jam 11.30 malam dan komen beliau di parlimen akan diteliti dan dihadam berikutan ianya memainkan peranan penting bagi membentuk sentimen pound di sesi dagangan AS.

Secara teknikal, zon 1.2600/1.2590 akan bertindak sebagai support yang terhampir dan jika kawasan ini ditembusi, GBP/USD berpotensi untuk terus jatuh menunju paras psikologi utama sekitar 1.2500.

1.2660 pula menjadi paras resistance yang terhampir untuk GBP/USD mendaki semula ke paras 1.2700.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: